Oleh : Azim Rahim

Shah Alam. 14 FEB : Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor Datuk Seri Jamal Yunos sebentar tadi hadir bersama-sama 15 buah Ven Jenazah di hadapan Banggunan SUK Negeri selangor bagi membongkar skandal penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas Dan Khairat Kematian Negeri Selangor yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Azmin Ali.

Beliau mengetuai 15 Van Jenazah yang dipandu sendiri di hadapan Banggunan SUK Negeri Selangor sebagai satu simbolik kepada isu penyelewengan wang yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau menyatakan YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan Negeri Selangor yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat dilaporkan telah menerima peruntukan sebanyak Rm 200 jutasehingga tahun lepas. Skim Mesra Usia Emas/OKU merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor dengan membantu warga emas, OKU yang layak dan berdaftar yang meninggal dunia.

Beliau berkata “Saya sebagai rakyat Selangoringin bertanya kepada Menteri Besar Selangor, dari manakah sumber peruntukan ini diperolehi?, berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada YAWAS semenjak program ini dilancar daripada tahun 2008-2016?”

Beliau berkata lagi “Saya juga ingin bertanya kepada MB Selangor, betul atau tidak bahawa peruntukan sebanyak Rm 5 juta telah hilang dan gagal dikesan oleh pihak YAWAS?. Bedasarkan maklumat yang diperolehi terdapat beberapa keraguan dalam penyaluran wang tersebuat yang dilakukan oleh beberapa Wakil Rakyat Negeri Selangor.

Datuk Seri Jamal turut menyatakan “Demi kepentingan Rakyat Selangor, saya mendesak pihak berkuasa untuk melakukan siasatan samaada dana yang dikeluarkan ini disalurkan mengikut saluran yang betul atau tidak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

19 − 5 =