Sumber : BNBBC

22 JAN : Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Wanita UMNO akan mengangkat peradaban media sosial hari ini kepada lebih baik berbanding yang berlaku ini yang mana kebanyakkannya telah dicemari dengan fitnah dan perkara yang tidak benar.

Beliau berkata selaku tulang belakang kepada parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) Skuad Komunikasi dan Media Wanita UMNO akan berperanan membawa misi, visi dan polisi kerajaan kepada rakyat dengan lebih jelas.

“Wanita UMNO akan membawa nilai yang lebih suci kepada bidang penyiaran dan media. Siapa kata kita tak boleh ceritakan kebenaran, siapa kata media sosial akan dicemar?

“Kita akan memastikan ada kehormatan kepada media sosial supaya jadi satu peradaban baru kepada media sosial,” kata Shahrizat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika pelancaran Skuad Komunikasi dan Media Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Shahrizat peranan Wanita di dalam UMNO adalah besar apabila menjadi wakil mata, telinga dan mulut rakyat membawa sebarang isu daripada peringkat akar umbi kepada perhatian kepada pihak atasan.

“Semua isu akan diketengahkan kepada wakil rakyat apatah lagi menteri-menteri Kabinet, wakil kepada parti dan kerajaan untuk menurunkan peringkat misi visi polisi dan pencapaian kerajaan kepada rakyat.

“Kalau tak buat begitu, kalau biar rakyat sentiasa dengar tohmahan daripada pembangkang, itu akan menjadi kenyataan, ‘no more’ (tidak lagi).

Tambahnya skuad Wanita UMNO ini akan bekerja dengan penuh disiplin dengan meletakkan Indeks Prestasi Kerja (KPI) dan hasil daripada tindakan yang dilakukan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

19 − eight =