Oleh : Azim Rahim | Sumber : Selangorpost

SEMENYIH, 8 Mei – Bendera Keramat Sang Saka Bangsa yang diarak sepanjang Larian Bendera sempena Sambutan Ulang Tahun ke 71 UMNO selamat tiba di Semenyih selepas menerimanya dari rombongan UMNO Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan petang tadi.

Ketibaan bendera peserta larian dari UMNO Negeri Sembilan itu di sambut dengan penuh semangat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar bersama-sama pimpinan utama UMNO Selangor, YB Datuk Johan Abdul Aziz dan Datin Paduka Datuk Nor Hayati Onn.

Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata larian bendera itu akan diteruskan bermula esok dan terdapat juga penerimaan bendera dari zon yang lain seperti dari Pantai Timur dan Utara. Bendera-bendera keramat ini akan dikumpulkan di Bangunan UMNO Selangor pada 10 Mei ini sebelum ianya diserahkan ke UMNO Wilayah Persekutuan.

“Pada 10 Mei nanti kami akan mengadakan majlis sambutan Ulang Tahun UMNO ke 71, dan di majlis itu nanti kita juga akan memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh pejuang UMNO yang masih setia bersama Parti Keramat ini sebagai satu penghormatan kepada orang lama dalam parti. Tanpa orang lama sipalah kami. Merekalah yang banyak berjasa, kami hanya meneruskan amanat yang diberi,” katanya.

Mengulas mengenai larian tersebut, Noh Omar berkata Pemuda mestilah bersama-sama memberikan sokongan kepada Parti Keramat UMNO ini kerana tanpa Pemuda dimanakah warisan ini hendak diwariskan. Tegas beliau.

Esok larian bendera ini akan diteruskan mengengilingi Negeri Selangor sebelum ianya di serahkan kepada UMNO Wilayah Persekutuan dan seterusnya dibawa masuk ke Stadium Bukit Jalil 11 Mei nanti bagi menyambut acara besar Sambutan Ulangtahun UMNO ke 71.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

3 × five =