Oleh: Azim Rahim | Foto : Azim Rahim

Shah Alam – Kontinjen Sukan UMNO Negeri Selangor mensasarkan 10 acara sukan yang disertai dalam Karnival Sukan UMNO 2017 yang diadakan di UITM Shah Alam bermula hari ini hingga 11 Mei nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, beliau sangat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan Kontinjen UMNO Selangor semasa ucapan pelepasan bendera kontinjen UMNO Selangor pagi tadi. Dalam misi memburu kejuaraan  semangat dan satu padu dalam pasukan harus diutamakan dan menggalas tanggungjawab membawa maruah UMNO selangor dengan penuh dedikasi semasa Karnival Sukan UMNO ini berlangsung.

” Saya melihat generasi muda kini ramai yang berminat dengan parti keramat UMNO ini khususnya melibatkan aktiviti sukan. Perkara ini dapat dilihat menerusi pembabitan anak muda dalam Karnival Sukan pada kali ni. Hal ini jelas menunjukkan apa yang dikatakan pihak tertentu¬†bahawa pembabitan golongan muda terhadap UMNO tidak benar sama sekali,”

Saya berharap dengan pembabitan anak muda dalam Karnival Sukan ini dapat memupuk rasa sayang dan cinta mereka terhadap Parti Keramat UMNO dan ianya dapat menjadikan parti UMNO ini diwarisi oleh generasi akan datang kelak, tegas beliau kepada pemberita.

Turut hadir pada Majlis Pelepasan Bendera Kontinjen UMNO Selangor pagi tadi ialah Saudara Zainuri Zainal selaku Ketua Pemuda UMNO Selangor dan kempimpinan utama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

seventeen − 10 =