Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib hari ini menyifatkan kemasukan semula beliau kepada UMNO dibuat selepas menyedari perjuangannya dalam pakatan pembangkang hanya sia-sia serta melihat perpecahan yang berlaku kepada orang Melayu khususnya dalam pakatan itu sendiri.

“Saya lihat ini merupakan perkembangan yang tidak berapa sihat, apabila melihat orang Melayu berpecah-belah, ada satu kaum lain yang akan menentukan parti mana yang akan menang. Namun dalam Barisan Nasional (BN), kaum yang menentukan kemenangan ialah mereka yang memenangi majoriti paling besar.

“Saya pernah menghadiri perbincangan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi dalam pakatan, tidak pernah bincang agenda Melayu langsung, kerana dalam mesyuarat itu terdiri dari semua kaum, maka jika agenda Melayu pun tidak dibincangkan, apatah lagi berkaitan isu agama Islam,” ujarnya dalam sidang media selepas pengumuman kemasukan semula beliau kepada UMNO, di sini hari ini

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

7 + eighteen =