Sumber : BNBBC

25 JAN : Selepas bertuala mandi, Presiden Persatuan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos pada Rabu hadir sekali lagi ke Bangunan SUK Selangor bersama-sama 10 katil urut dan tong aiskrim sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri Selangor yang membiarkan rumah urut berleluasa di negeri itu.

Menurut Jamal hasil tinjauan yang dilakukan selama 40 hari di Selangor, beliau mendapati terdapat 4,000 rumah urut beroperasi di negeri itu dimana jumlah itu hanya sekitar 40% hingga 60% sahaja.

“Kebanyakkan pekerja rumah urut ini terdiri daripada warganegara luar, paling membimbangkan banyak persaingan berlaku, maka banyak promosi di luar daripada norma hidup yang sihat.

“Tong aiskrim saya bawa hari ini kerana kebanyakkan pelanggan ini datang berulang-ulang kerana mereka ini dapat servis ‘aiskrim percuma’ kerana ini servis yang diberikan oleh tukang urut kebanyakkan daripada China, Vietnam, Thailand dan Indonesia, ini perkara tidak sihat,” kata Jamal.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di hadapan bangunan SUK Selangor pada Rabu.

Sebanyak 10 buah katil ‘urut’ diletakkan di hadapan bangggunan SUK sebagai tanda bantahan terhadap pusat urut di Selangor.

Di atas katil tersebut turut dipaparkan perkatan D.A.P yang merujuk kepada ‘aiskrim percuma’ ketika melanggan pusat urut di Selangor.

Bagaimanapun menurut Jamal, pihaknya menerima maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang mendakwa rumah urut yang banyak di negeri itu adalah sebagai sumber pendapatan kepada kerajaan negeri.

“YDP didakwa berkata ini adalah sumber pendapatan PBT. Adakah sumber ini untuk membangunkan kerajaan negeri Selangor? Daripada lesen rumah urut?

“Perkara ini tidak terkawal, Majlis Daerah, PBT yang mengeluarkan lesen, adakah imigeresn kena bekerja setiap hari tunggu depan rumah urut, sepatutnya siapa yang keluarkan lesen, merekalah yang sepatut kawal,” katanya.

Sementara itu, Jamal berkata jika Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat, beliau sanggup menjadi ‘pemandu’ kepada Azmin bagi lawatan ke rumah-rumah urut di Selangor.

“Jadi hari ini saya nak memberitahu MB supaya dia turun padang dan kalau dia kata saya ini pembohong, saya boleh tunggu dia di sini, saya boleh bawa dia, saya boleh jadi driver dia dan bawa dia ke setiap rumah urut.

“Dan saya nak tunjukkan aktiviti yang saya rakam semenjak sebulan yang lepas dan apakah yang berlaku di setiap rumah urut di Selangor, “katanya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

3 + 10 =