Oleh : Azim Rahim | Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merasa gembira apabila suara akar umbi bergema di Dewan Merdeka apabila terus disuarakan oleh para pembahas dan jurucakap yang mewakili negeri masing-masing pada perhimpunan agung UMNO kali ini.

Menurut beliau, segala perkara yang disentuh oleh para pembahas dalam perhimpunan kali ini adalah berdasarkan usul-usul yang diterima beliau daripada pelbagai peringkat termasuklah usul di peringkat cawangan-cawangan UMNO di akar umbi.

hishammuddin-hussein1“Saya gembira kerana usul yang dibentangkan semalam bukan usul saya atau usul Datuk Zahid, tetapi ianya adalah usul yang kita terima daripada akar umbi. Bila pembahas kita menyentuh tentang perkara-perkara yang termaktub dalam usul itu, maka sebenarnya mereka telah membawa harapan dan juga pandangan termasuk teguran ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan lagi.

“Jadi perkara ini saya harap akan berterusan untuk dua lagi usul iaitu ekonomi, pendidikan dan agama di mana mesej yang ingin disampaikan itu perlu ditekankan kepada seperti isu ketaatan, kesetiaan dan bagaimana kita mesti bersedia untuk terus memandangkan ke hadapan dalam menjayakan misi TN50, dan sudah pastinya isu-isu rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang nedia Naib Presiden di PWTC di sini hari ini. Turut bersama dengan beliau adalah Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

Sementara itu, beliau turut bersependapat dengan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi di mana semangat pembahas dan jurucakap pada perhimpunan agung kali ini amat berbeza berbanding tahun lepas.

“Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Dr Zahid, bahawa suasana perhimpunan agung kali ini berbeza dengan perhimpunan agung tahun lepas. Kita dapat lihat di dalam perhimpunan kali ini, perbahasan dari para perwakilan lebih konstruktif dan membina.

“Ini menggambarkan kedudukan UMNO dalam keadaan yang lebih baik dan seruan para pembahas dan jurucakap yang memberi fokus kepada ketaatan dan kesetiaan parti dan institusi kepimpinan parti amat penting kerana usaha kita untuk melihat ke hadapan  tidak akan memberi makna, sekiranya kita sendiri tidak merapatkan barisan bersama kepimpinan dan perjuangan kita.

“Jadi bagi saya, isu-isu berhubung ketaatan dan kesetiaan pada parti merupakan seruan dan mesej yang paling bererti buat kita semua dalam perhimpunan agung pada kali ini,” jelasnya.-MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

fourteen + five =