Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR – Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin hari ini membuat laporan polis terhadap peguam, Siti Kassim berdasarkan pandangan-pandangannya yang disifatkan sesuatu yang salah mengenai Islam.

“Kami berpendapat, pandangannya salah terutamanya pandangan beliau yang viral dan tersebar luas bahawa: Tuhan ini bersifat daripada tenaga, andai kata positif, tuhan itu baik dan sekiranya negatif, maka bersifat tidak baik.

“Maka jelas bahawa pandangan dan tafsiran beliau ini adalah jauh tersasar dari ajaran agama Islam yang sebenar dan kita juga boleh melihat secara terbuka dalam media sosial, yang mana beliau sering mengeluarkan kenyataan mempunyai Islam tersendiri dan fahaman yang berbeza,” ujarnya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, petang tadi.

Sehubungan itu, beliau khuatir bahawa fahaman-fahaman dan tafsiran-tafsirannya yang dibuat oleh Siti Kassim tanpa berpandukan ajaran Islam yang sebenar, akan menyesatkan orang ramai.

Dan keduanya jelas Mohd Imran lagi ianya akan menjadi tanggapan yang salah terutamanya rakan-rakan dan rakyat yang bukan beragama Islam tentang Islam yang sebenar.

Sebelum ini, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan melalui Datuk Dr Asyraf Wajdi yang meminta Siti Kassim tampil untuk memberikan keterangan dan juga gambaran sebenar apakah yang dimaksudkannya di dalam video yang tersebar di media sosial.

“Dalam FBnya, beliau mengatakan bahawa video itu bukan video penuh, jadi saya minta agar Siti Kassim berjumpa JAKIM atau Majlis Agama Islam yang sepatutnya supaya beliau menerangkan fahaman beliau mengenai Islam agar tidak jadi isu yang boleh merosakkan Islam ataupun institusi Islam di dalam negara kita.

“Saya juga tidak bersetuju dengan pandangan Siti Kassim bahawa agama dan politik perlu dipisahkan kerana pada saya, ia tidak boleh dipisahkan kerana kita perlu ada penyatuan dan kerjasama dalam politik dan agama,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

4 + 11 =