Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini secara tegas menolak dan tidak menyokong cadangan atau usul bagi kenaikan umur persaraan daripada 60 ke 62 tahun sebagaimana yang dicadangkan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata, berilah peluang dan ruang pada anak-anak muda di bawah untuk diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memacu negara ke arah negara maju.

“Jika umur persaraan dilanjutkan lagi kepada 62 tahun bagi saya ia hanya akan menyekat peluang golongan muda untuk kenaikan pangkat dan menyekat masa pesara untuk menikmati kehidupan bersama keluarga.

“Ini menyebabkan ketidakseimbangan apabila jumlah pesara setiap tahun semakin berkurangan sedangkan jumlah graduan dihasilkan institut pengajian tinggi meningkat.

“Kami rasa negara akan rugi tenaga kerja muda dan perlu diingatkan orang muda ada idea baharu untuk disumbangkan kepada kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar diletakkan orang-orang muda dalam CUEPACS untuk memberikan nafas dan idea baru serta menambah baik pertubuhan bagi warga kerja perkhidmatan awam ini dalam menuju ke arah negara maju kelak

CUEPACS baru-baru ini meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan bagi melanjutkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun.
Presidennya, Datuk Azih Muda mengaitkan rasional cadangan itu dengan membandingkan tindakan negara seperti Singapura, Thailand, Sri Lanka, Eropah dan Amerika Syarikat yang menetapkan umur persaraan mencecah 65 tahun.

“Pelanjutan umur persaraan 62 tahun itu hanya diberikan kepada penjawat awam yang melepasi ta­pisan tertentu se­perti tahap kesihatan dan kepakaran tertentu,’’ katanya ketika berucap dalam majlis sum­ba­ngan bantuan banjir Kepada pen­jawat awam Terengganu di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, di sini Sabtu. –MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

eighteen − 3 =