Oleh : Azim Rahim | Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata bahawa pembangkang di Selangor hari ini dilihat terus tenggelam dalam kancah perang sesama mereka menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan bahawa gabungan pembangkang ini mampu untuk mentadbir negeri ini ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Menurut beliau, keadaan pakatan pembangkang di Selangor kini boleh disifatkan seumpama mereka yang tidur berkongsi bantal yang sama tetapi mempunyai mimpi yang berbeza antara satu sama lain.

Mat_Nadzari_Ahmad_Dahlan_dan_BN“Kerjasama pembangkang di Selangor hari ini saya lihat terus goyah dan semakin tidak menentu. Keadaan perkongsian kuasa antara Dap, Pas dan PKR di Selangor ini tidak dilihat bertambah baik, terutama selepas konflik perebutan kerusi antara mereka ketika pilihanraya umum Sarawak dan di dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Saya fikir rakyat sudah faham kerana mereka sudah melihat sendiri bagaimana celarunya gabungan pakatan pembangkang sehingga sedikit sebanyak menjejaskan pentadbiran negeri.  Jadi saya rasakan rakyat di negeri ini punyai banyak sebab untuk tidak memilih pembangkang pada PRU akan datang dan mungkin dua PRK sebelum ini merupakan satu isyarat rakyat ke arah itu,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik pengerusi perhubungan negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri di Kementerian Kerajaan Tempatan.

“Dengan pelantikan ini bukan sahaja menjadikan kami di UMNO Selangor bersyukur, tetapi kami juga mengharapkan beliau akan membawa satu gelombang pembangunan di negeri ini agar rakyat yakin dan tidak lagi ragu-ragu dengan kemampuan BN untuk kembali mentadbir berbanding kerajaan yang ada di Selangor hari ini.

“Jika ini berlaku insyaAllah sokongan rakyat terhadap BN akan diterjemahkan sekali lagi dalam PRU akan datang memandangkan rakyat dapat melihat hari ini kerajaan negeri Selangor gagal untuk mengatasi permasalahan rakyat di kawasan bandar mahupun di luar bandar,” ujarnya.-MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

2 × 2 =