Oleh : Azim Rahim | Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kenyataan pembangkang kononnya negeri Selangor tidak akan mampu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai angkuh dan bongkak.

Sedangkan pada hakikatnya jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan apa yang berlaku di Selangor bukan sahaja berkecamuk daripada sudut pentadbiran negeri malah situasi kerjasama politik juga semakin caca merba.

pakatan di selangor retakMalah pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar baru-baru ini juga tambah beliau lagi memperlihatkan bagaimana keyakinan rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini semakin luntur.

“Mereka (pakatan pembangkang) boleh terus bersikap angkuh dan bongkak tetapi kita yakin rakyat di negeri ini sudah muak dengan gaya politik mereka yang tidak habis-habis bergaduh sesama sendiri demi merebut kuasa dan jawatan.

“Kerana sombong dan angkuh mereka lupa dan tidak sedar dengan kemelut dalaman yang berlaku di dalam parti sendiri dan semua tahu bagaimana wujudnya puak-puak tertentu di dalam PKR.

“Itu belum lagi diambil kira kewujudan kem PKR yang pro kepada Pas dan juga kumpulan PKR yang condong kepada PAN (Parti Amanah Negara). Bagaimana pula dengan perang antara Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dengan Rafizi Ramli yang mewakili kumpulan pro Wan Azizah.” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Justeru katanya lagi tindakan beberapa pimpinan pembangkang yang terus memperlekehkan perlantikan Tan Sri Noh Omar sebagai menteri penuh selepas rombakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menunjukkan mereka sebenarnya kepanasan dan tidak mahu berdepan dengan realiti kelak.

Mengulas lebih lanjut Mat Nadzari seterusnya menegaskan perlantikan Datuk Seri Noh ke jawatan menteri bakal memberi manfaat yang cukup banyak kepada rakyat di negeri berkenaan yang hari ini tidak mendapat tumpuan sepenuhnya daripada kerajaan negeri.

“Saya percaya ini adalah gelombang baru untuk membolehkan rakyat yang sebelum ini dibiarkan oleh kerajaan yang hanya ingin berpolitik sepanjang masa dan bukannya menitikberatkan pembelaan terhadap rakyat,” katanya. -MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

15 − seven =