KAJANG – Pergerakan Puteri UMNO Hulu Langat mengagihkan kira-kira 500 bungkus makanan kepada 20 agensi kerajaan sekitar Hulu Langat menerusi program Tautan Kasih Ramadan, ‘Moh Singah Sahur 2017 di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Markiman Kobiran berkata, program tersebut adalah bertujuan untuk menghargai jasa mereka khususnya agensi penguatkuasa dalam menjada keamanan di kawasan ini.

“Dalam program itu, kita bermula di kawasan Hulu Langat sehingga ke Kajang dengan mengagihkan bungkusan makanan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Klinik Kesihatan.

“Ia merupakan kesinambungan program sebelum ini yang menjadi tradiri menjelangnya bulan puasa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. UTUSAN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

2 + 18 =