Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, YB Shahrum Mohd Sharif melihat pertembungan serta percakaran antara kepimpinan parti yang membentuk kerajaan negeri Selangor akan terus berterusan dan tidak akan ada kesudahannya.

Justeru beliau berpandangan Selangor mungkin boleh menjadi contoh bagaimana sebuah negeri yang ditadbir tanpa berteraskan kepada parti mahu pun pakatan yang benar-benar stabil sehingga kerajaan negeri tersebut tidak pernah lekang daripada kontroversi.

“Jika ditanya mengenai pertembungan Datuk Seri Azmin Ali selaku orang nombor dua di dalam PKR serta Menteri Besar Selangor dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, itu adalah masalah mereka dan biarlah mereka yang selesaikan dan biarlah parti mereka yang mengambil langkah seterusnya.

“Begitu juga masalah mencari kata putus berhubung kedudukan Pas di dalam kerajaan negeri antara parti-parti yang dikatakan membentuk pakatan baharu hari ini. Biarlah sesama mereka yang selesaikan.

“Namun apa yang boleh kita ambil pengajaran daripada segala apa yang berlaku di atas adalah bagaimana pentingnya dalam memilih sebuah kerajaan dan parti serta pakatan yang benar-benar stabil. Kestabilan adalah kunci kepada segala-galanya,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Katanya lagi sejak daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi menteri besar dan seterusnya kepada Langkah Kajang, satu demi satu kontroversi muncul di Selangor termasuklah gelaran kartel dan barah.

Nampaknya jelas beliau masalah politik dalaman sesama mereka cukup parah dan dijadikan bahan utama dan bukannya menggunakan peluang yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum sebelum ini untuk melaksanakan amanah sebaik mungkin.

“Rakyat seharusnya melihat dengan mendalam…dan mereka boleh membuat perbandingan bagaimana kita di peringkat kerajaan pusat dan sebagainya lagi tidak ada masalah yang cukup besar sepertimana melanda mereka.

“Walaupun ditohmah dan sebagainya, kita tetap ke depan membantu rakyat dan bak kata pepatah tepuk dada tanya selera. Mereka boleh nampak apa yang berlaku di Selangor hari ini yang penuh dengan politik dalaman yang akhirnya dibimbangi akan terus menyebabkan tumpuan dan segala usaha terhadap rakyat terabai,“ ujarnya. -MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

seventeen + 5 =