Sumber | UTUSAN

KAJANG – PENDUDUK sekitar Kajang kini boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja naik taraf dan ubah suai bangunan baharu Hospital Kajang dijangka bermula pada hujung tahun ini.

Perkembangan dan status terkini mengenai usaha penambahbaikan kemudahan ini disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz

Menurutnya, pembinaan ba­ngunan baharu yang menempatkan wad kanak-kanak dan wanita bersalin bernilai RM300 juta itu amat diperlukan untuk keselesaan .

“Kerja-kerja naik taraf perlu dilakukan ekoran hospital ber­kenaan tidak dapat menampung jumlah pesakit dan menyebabkan kesesakan untuk mendapatkan rawatan.

“Semua sedia maklum ke­sesakan yang berlaku di Hospital Kajang terutamanya pada musim tertentu seperti penyebaran wabak denggi. Kita dapat lihat ruang tidak cukup sehingga katil pesakit terpaksa diletakkan di luar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu beliau menghadiri Iftar Ramadan Majlis Permuafakatan Parlimen Hulu Langat (MPPHL) bersama agensi dan jabatan kerajaan.

Menurutnya, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke hospital itu kira-kira dua tahun lalu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

“Kesediaan kerajaan untuk me­ngubah suai dan menaik taraf hospital tersebut bukti janji ditepati.

“Usaha ini juga bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dalam kea-daan selesa dan selamat kepada masyarakat yang memerlukannya,” katanya.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke hospital itu kira-kira dua tahun lalu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.” UTUSAN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

twenty + 19 =