KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mendesak agar kerajaan menghentikan segala bantuan termasuk kewangan dan harta tetap yang diberikan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya memandang serius tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang didakwa memperalatkan yayasan berkenaan sebagai platfom menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pemuda Umno mengecam tindakan Tun Mahathir yang memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri kerana ia amat bertentangan dengan perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

twenty + 6 =