Oleh : Azim Rahim | Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah secara konsisten sejak 2014 telah menghantar bantahan dan desakan secara bertulis dan secara lisan kepada Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Sekretariat Asean dalam menangani isu berpanjangan Rohingya.

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Datuk Hazali Abu Hassan menegaskan, seperti isu Palestin yang sering naik turun mengikut keadaan dan sentimen semasa (diskriminasi, pembunuhan, provokasi) , isu penindasan dan pembersihan ethnik Rohingya (Arakan – Myanmar) pun begitu juga.

pelarian Rohingya“Kita bukan sahaja secara konsisten menghantar bantahan dan desakan secara bertulis dan secara lisan kepada Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita juga berinteraksi dengan NGO Rohingya di Kuala Lumpur serta menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada warga Rohingya di Kuala Lumpur.

“Bukan sahaja Menteri Luar Negeri Malaysia dan pemimpin-pemimpin ASEAN telah menegur Myanmar, begitu juga dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) beberapa kuasa besar dunia, namun ratusan ribu rakyat etnik Rohingya telah terus dibunuh secara sistematik sejak bertahun lalu.

“Pokoknya Myanmar tidak mengiktiraf kerakyatan Rohingya dan mereka diklasifikasikan sebagai pendatang haram di Myanmar – mereka adalah ‘tidak berNegara’,” ujarnya mengulas isu semasa yang terjadi terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Tambah beliau lagi, sehingga kini masih tiada kesudahan di atas penindasan kaum Rohingya kerana Myanmar menutup segala saluran agensi Antarabangsa ke daerah Arakan .

Isu ini jelasnya akan sentiasa naik dan turun dan kini terdapat lebih daripada 100,000 kaum Rohingya di Malaysia kini sebagai Pelarian (Refugees) dan hampir 25 peratus darinya adalah kanak-kanak.

“Pergerakan Pemuda UMNO juga telah mendesak dan mencadangkan agar satu ketetapan dibuat untuk ‘menguruskan’ mereka yang telah berada di Malaysia terutamanya bagi Pengajian dan Pelajaran untuk anak-anak mereka.

“Kami yakin Kerajaan Malaysia prihatin dan akan (dan telah) membantu mereka di atas dasar Kemanusiaan – oleh kerana Malaysia secara dasar tidak mengiktiraf ‘ Pelarian – refugees’ kerana Malaysia bukan penandatangan ‘1951 Geneva Convention of Refugees’ dan tidak bertanggungjawab ke atas mereka secara undang-undang,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam masa yang sama katanya seperti juga isu Palestine dan sekarang Syria, Pemuda UMNO akan sentiasa memperjuangkan nasib kaum Rohingya secara konsisten.

“Namun, pada pendapat saya, bantahan ataupun demostrasi jalanan ke Kedutaan Myanmar mungkin tidak membawa apa-apa kesan langsung terhadap nasib yang melanda etnik Rohingya ini.

“Pendapat saya, perubahan hanya berkesan jika ianya datang dari dalam Myanmar sendiri. Kami masih positif satu hari nanti, satu jalan penyelesaian damai boleh di capai .

“Malaysia boleh dan harus mainkan peranan yang lebih instrumental untuk membantu. Jadi apa-apa cadangan yang bernas di luar kotak atau New GameChanger yang boleh Malaysia dan Kesatuan ASEAN ambil untuk membantu menyelesaikan masalah dalaman Myanmar ini,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

three + three =