Sumber : BNBBC

Kuala Lumpur : Dakwaan PAS mungkin mengalami kekalahan teruk pada PRU ke-14 bakal terjawab selepas proses pengiraan undi selesai dilakukan pada hari tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata sebagai sebuah parti yang telah lama bertapak di arena politik negara, sudah pasti PAS mempunyai strategi tersendiri dalam usahanya memenangi lebih banyak kerusi bagi mencapai kejayaan pada PRU kelak.

“Nak tahu PAS ini kuat atau lemah, kita tunggu sahaja pilihanraya nanti.

“Walaupun PAS tidak lagi bersama PH, itu bukan kayu pengukur sebenar kita mengatakan PAS akan kalah teruk.

“Saya pasti mereka sedang bekerja keras memasang strategi dalam persediaan menghadapi PRU umum ini,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Ahad.

Menurutnya,dakwaan itu berkemungkinan tercetus daripada pihak yang iri hati dan tidak senang dengan kejayaan parti Islam itu menghimpunkan kira-kira 200,000 ribu ahlinya pada progrmn Fastaqim 2.0 yang telah berlangsung minggu ini.

Kata Sohaimi (foto), kekecewaan PH untuk memikat semula hati PAS supaya kembali menyertai mereka bertambah parah apabila menyaksikan solidariti ahli PAS yang bersemangat menyokong perhimpunan berkenaan.

“Mungkin ini adalah pendapat daripada kumpulan yang kecewa, apatah lagi melihat sokongan terhadap PAS tidak tergugat pada perhimpunan tersebut.

“Ahli, penyokong atau yang condong kepada PH pasti akan membuat kenyataan negatif pada PAS dan cuba menafikan hakikat yang sebenar.

“Timbul rasa cemas dan gerun daripada puak PH untuk menghadapi PRU nanti, mungkin mereka sudah tahu keperitannya bila menyaksikan PAS berjaya mengadakan perhimpunan sebesar itu walaupun sudah keluar dari PH,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Sohaimi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak terkesan dengan kejayaan perhimpunan secara besar-besaran Fastaqim tersebut.

“Apa pun yang berlaku UMNO dan BN tidak peduli, dan tidak terkesan pun. Kita tidak perlu termasuk dengan rentak dan gaya politik pembangkang, biarlah mereka bercakaran sesama mereka.

“Apa yang penting, kita perlu fokus kepada kekuatan kita dan ikut segala perancangan yang telah diaturkan.

“Kita tak peduli, kita hanya perlu bekerja keras, bersatu dan mantapkan jentera kita bagi memastikan BN terus berkuasa menjadi pemerintah negara pada masa hadapan,” tegasnya.

Perhimpunan Fastaqim 2.0 anjuran PAS di di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus Terengganu baharu sahaja melabuhkan tirai semalam yang menyaksikan hampr 200,000 berhimpun bersama presiden parti.

Bagaimanapun, ramai pemerhati politik berpendapat program yang diadakan selama dua hari  itu gagal mendatangkan impak besar kepada PAS.

Sseorang penganalisis politik Hisomuddin Bakar yang dipetik daripada The Malaysian Insight berkata PAS tidak berjaya menyampaikan mesej atau mengeluarkan ‘wow faktor’ yang boleh membezakan mereka dengan parti-parti yang ada dalam negara.

Dalam perhimpunan semalam, PAS juga gagal mengemukakan beberapa tokoh atau nama besar dalam negara yang sebelum ini digembar-gemburkan akan menyertai mereka.

Penyertaan dua bekas pegawai kanan kerajaan iaitu bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Abdul Rahim Che Daud dan bekas Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar dikatakan tidak memberi impak yang besar untuk menambah kekuatan PAS.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut hadir ke perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan kepada PAS dan mengesahkan dirinya tidak menyertai parti Islam itu.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

seventeen − 1 =