Sumber – UMNO Online

KUALA LUMPUR, 27 April – Ahli dewan Negara Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, Naib Presiden PKR Nurul Izzah perlu memohon maaf kepada semua penyokong mereka yang telah bermati-matian berdemonstrasi di jalanan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana rupanya jauh di sanubari pembangkang, mereka juga mahu melaksanakan GST.

Jelas beliau, cukup-cukuplah Nurul Izzah bermain kong kali kong memperbodohkan rakyat berkaitan kenyataannya tentang isu GST ini.

“Bila sudah kena serang bertalu-talu mula tukar skrip drama. Sebenarnya pembangkang juga berminat dan tetapi malu mahu mengakui pelaksanaan GST itu adalah makenisme terbaik demi ekonomi negara.

“Rakyat sudah muak dengan sandiwara politik pembangkang yang kerap bertukar kenyataan ini. Dalam memberi kenyataanpun mereka tidak boleh muktamad, bagaimana pula mereka mahu memerintah negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Nurul Izzah telah diserang bertalu-talu ekoran kenyataannya semasa berucap di ceramah anjuran Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (PPBM) di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan meneruskan GST sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Setelah menerima kecaman hebat, Nurul Izzah cuba ‘menjernihkan’ keadaan dengan mengelirukan rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba “memesongkan perhatian daripada salah urus mereka terhadap sumber awam melalui berita palsu”.

Justeru, Fahariyah yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, menyeru kepada rakyat untuk berfikiran matang dan tidak mudah mempercayai apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang kerana telah banyak terbukti kenyataan mereka hanya satu manipulasi mengelirukan rakyat bagi menyemai sentimen kebencian kepada kerajaan sedia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Untuk rekod selama ini pembangkang begitu lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melaksanakan dengan mendakwa kononnya GST memberi bebanan kepada rakyat.

Ekoran daripada itu pembangkang begitu lantang menghasut rakyat untuk membenci pemimpin negara itu dan kerajaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa pakatan pembangkang akan menghapuskan GST apabila Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Selain itu pembangkang juga menganjurkan perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur malah pada tahun 2015, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mencadangkan bahawa gabungan itu akan mencadangkan untuk memansuhkan GST dalam Bajet Alternatif untuk 2016. – MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

10 − 3 =