Oleh : Azim Rahim | Foto : Azim Rahim

Hulu Kelang – Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak 3.6 Juta Ringgit bagi membantu Penduduk Rumah Pangsa AU2, Hulu Kelang menggantikan bumbung rumah pangsa yang didiami mereka akibat terlalu lama dan sering rosak apabila ribut.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, peruntukan ini diluluskan bagi menggantikan bumbung rumah pangsa mereka yang dimaklumkan penduduk sudah sekian lama menghadapai masalah kerosakan teruk apabila ribut.

” Rumah Pangsa AU2 ini mempunyai sebanyak 18 blok, dan saya meluluskan peruntukan ini bagi menggantikan kesemua bumbung blok rumah pangsa ini supaya masalah yang dihadapi penduduk lebih 20 tahun ini dapat diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita semasa lawatan dekati rakyat  ke Dun Hulu Kelang petang semalam.

Sebelum itu, beliau bersama-sama pemimpin Barisan Nasional Parlimen Gombak mengadakan kunjungan ke bazar Ramadhan berdekatan bagi memberi bubur lambok kepada orang ramai.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

15 + 16 =