Sumber : BNBBC

25 JAN: Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa DAP menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya pembangkang menang PRU14, Lim Kit Siang paling terkesan.

Walaupun beberapa DAP cuba menafikannya tetapi Penasihat DAP itu semakin panas punggung setelah tembelang tersebut pecah apatah lagi keluar dari mulut Tun Mahathir.

Barangkali mahu mengalih isu tersebut, Kit Siang sejak dua hari lalu membuat kenyataan antaranya sedia bersama-sama PAS walaupun kedua-dua parti sudah menamatkan kerjasama politik dua tahun lalu.

Beliau menghulur salam perdamaian kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Keesokkan harinya pula, Ahli Parlimen Gelang Patah itu  mencetuskan polemik baharu bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin atasan Barisan Nasional (BN) pula.

Menurut Kit Siang, beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membincangkan cara untuk “membersihkan dan menyingkirkan” segala keaiban dan kehinaan Malaysia akibat dilihat sebagai negara kleptokrasi.

“Saya bersedia untuk bekerja bukan sahaja dengan Hadi, tetapi dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dan semua pemimpin BN Sabah dan Sarawak.

“Saya bersedia untuk berjumpa dengan Liow dan Mah di sebarang tempat, bila-bila masa dalam tempoh 72 jam.?” Katanya pada sidang media di Pulau Pinang, semalam.

Seperti pemimpin PAS, pemimpin BN yang disebut Kit Siang tentu tidak melatah dengan pelawaan Kit Siang yang ‘ada udang di sebalik batu’.

Walaupun mendakwa dirinya ikhlas, kenyataan Kit Siang itu tidak lebih hanya untuk mengelak isu menuntut jawatan TPM dijadikan isu.

Dalam erti kata lain, beliau sudah meroyan dengan huru hara di dalam pembangkang kerana tinggal setahun lagi untuk PRU14, pembangkang masih gagal bersatu.

Selain Parti Amamah Negara (PAN), PKR, PAS dan PPBM yang diketuai Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih bermain tarik tarik satu sama lain.

PKR masih mahu mengikut PAS, PPBM juga masih mata dengan PAS walaupun Tun Mahathir bersediakan melupakan kerjasama kedua-dua parti.

Dengan semua parti pembangkang ibarat enau mahu melepaskan pucuk masing-masing, ini menyebabkan Kit Siang hilang punca membuat kenyataan pusingan ‘U’ mahu bekerjasama dengan PAS dan bekerjasama dengan BN.

Mungkin juga Kit Siang sudah diganggu mimpi ngeri bahawa DAP mula hilang taring apabila anaknya Lim Guan Eng bakal berdepan hukuman mahkamah yang bakal menyebabkan hilang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

one + 20 =