Oleh Azim Rahim

Shah Alam – Karnival Sinergi Rakyat kali ini ke Parlimen Subang. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Subang pada 17 April 2016, Bermula Jam 8.00 pagi.

Karnival Sinergi Rakyat yang berkonsepkan UTC bergerak dari Unit-unit bergerak agensi Kerajaan seperti JPJ, JPN, Kementerian Kesihatan, JKM serta penglibatan fakulti Pergigian dan Perubatan UiTM, UKM turun ke kawasan anda bagi memberi khidmat percuma pada setiap hujung minggu.

Karnival yang dianjurkan oleh Yayasan Kelana Ehsan YKE, dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor MTPNS turut menyediakan pelbagai program menarik untuk rakyat setempat seperti Senam Zumba beramai-ramai, Sarapan bersama pemimpin, Sukaneka, Gerai jualan Food Truck KUSEL, Khidmat tukar minyak hitam motosikal percuma, Bantuan persekolahan percuma, dan banyak lagi.

Semua penduduk dan rakyat sekitar dijemput hadir.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

12 + four =