Oleh : Azim Rahim

Shah Alam. 5 April – Mini Karnival Sinergi Rakyat kini akan ke Taman Desa Indah, Meru. Karnival yang merupakan program mingguan anjuran bersama YKE, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merupakan program jelajah mingguan yang akan diadakan seluruh negeri Selangor.

Program ini merupakan program yang berkonsepkan UTC bergerak dimana unit-unit bergerak dari agensi-agensi kerajaan seperti JPJ, JPN, JKM, KPDNKK, Bank, Universiti dan banyak lagi akan ke kawasan anda bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Hujung minggu ini Karnival Sinergi Rakyat akan ke Taman Desa Indah, Meru. 10 April 2016. Karnival bermula jam 9.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

16 + 15 =