Oleh : Datuk Zein Isma Ismail

Sebagai seorang ahli politik, telah menjadi darah daging saya bermain dalam gelanggang politik negara ini. Jatuh bangun, kalah menang itu telah saya lalui sebagai pengalaman yang mematangkan pemikiran serta pentafsiran saya tentang politik negara.
Namun jauh di sudut hati sebagai seorang muslim, saya tidak dapat sembunyikan agenda utama yang wajib terpahat dalam hati iaitu agenda dakwah islamiah.

Menggabung jalinkan dua istilah ini iaitu Politik Dakwah dengan Dakwah Politik, pasti memberi makna dan natijah yang berbeza.

Politik Dakwah bagi saya merujuk kepada tindakan ahli politik menjadikan wadah politik sebagai alat untuk berdakwah. Dengan politik itulah membolehkan dakwah islam dimartabatkan. Syariat islam didaulatkan. Agenda islam dirancang dilaksanakan sebaiknya. Inilah hasil Politik Dakwah yang diperjuangkan oleh UMNO dari dulu, kini dan insyaAllah selamanya.

Sedangkan Dakwah Politik pula merujuk kepada mereka yang meletakkan agenda dakwah untuk mencapai matlamat politik. Kerana itu mereka memperlihatkan imej diri sebagai pendakwah (ustaz, ulamak), menjadikan al quran & hadis sebagai alat dakwah demi mencapai matlamat politik iaitu berkuasa.

Politik Dakwah menjaga agama sementara Dakwah Politik mempergunakan agama.

PAS dan PAN adalah contoh parti yang Dakwah Politik. UMNO pula Politik Dakwah.

Parti seperti PKR, DAP & Pribumi Bersatu tidak termasuk dalam topik berbincangan kerana agenda dakwah tidak termaktub dalam perlembagaan mereka…iaitu tiada dalam perjuangan.

Umat islam mesti memiliki agenda dakwah kerana ia adalah warisan perjuangan para Nabi & Rasul.
Tanpa dakwah pasti islam dibawah…

Ikhlas daripada,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Khamis 12 Januari 2017; 01:55hr;
Bukit Antarabangsa

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

eighteen − 1 =