Sumber : UMNO Online

AMPANG – Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar membantu rakyat negeri Selangor dengan membatalkan segera serta membekukan lesen-lesen pusat hiburan keluarga yang dijadikan tempat berselindung kegiatan judi haram di negeri Selangor ini.

Tambahnya, menjadi harapan beliau agar Azmin bertindak sebagai MB untuk menutup, menarik balik lesen ‘kedai judi’ ini walaupun sedar, kedudukan Azmin dan partinya `tidak kuat’ dalam pentadbiran kerajaan negeri berbanding Dap.

“Kita telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa (Polis) bahawa kedai judi di negeri Selangor ini bukan di bawah kawalan polis semata-mata, sebaliknya pihak yang mengeluarkan lesen tersebut iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Begitulah kedai judi yang berlindung di sebalik kedai hiburan keluarga ini, lesen dikeluarkan oleh PBT di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan di atas pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga itu, di mana pengusaha yang mendapat lesen tersebut menggunakan bukan sahaja sebagai mesin permainan malah dijadikan mesin judi buat pengunjung,” ujarnya kepada media selepas memberikan kenyataan di IPD Ampang tengahari tadi

Datuk Seri Jamal Yunos bersama beberapa pemimpin NGO hadir ke balai polis hari ini memberi keterangan selepas tindakannya menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja minggu lalu didakwa seperti samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

Berikutan laporan oleh beberapa pihak dan individu kepada polis, Jamal berkata penukul yang digunakannya minggu lalu itu turut diminta diserahkan kepada pihak berkuasa.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menjelaskan bahawa  selepas sidang media minggu lepas, beliau dimaklumkan beberapa pihak dan individu membuat laporan polis terhadapnya dan rakan-rakan NGO lain kononnya tindakan mereka menakutkan, samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

“Saya yakin tindakan saya menghayun penukul sehingga memecahkan meja saya sendiri pada sidang media lalu, mungkin pengusaha-pengusaha judi dan orang-orang yang melindungi kegiatan yang menggunakan lesen pusat hiburan keluarga ini berasa gusar sekiranya kami akan menyerang kedai-kedai mereka dengan menggunakan penukul ini.

“Jadi kami beranggapan bahawa mereka yang melihat kami ini ganas adalah tidak tepat sekali, kerana kami adalah pemimpin NGO, pemimpin politik bukannya penjenayah, kita adalah pengantara antara suara rakyat dan kami selaku pemimpin, kami menyampaikan mesej tersebut kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Azmin Ali, yang mana sehingga kini masih belum memberikan apa-apa respon atas mesej kami sebelum ini.

“Kami sedar, Azmin Ali mewakili beberapa kerusi sahaja dari kerusi-kerusi kerajaan negeri Selangor, kita sedia maklum Dap merupakan kuasa utama kerusi dalam Selangor ini,” tambahnya.

Beliau seterusnya beranggapan kemungkinan Azmin Ali tidak mampu bertindak menutup atau menarik balik lesen pusat hibutan keluarga ini kerana majoriti kuasa di Selangor ini terletak di tangan Dap.

Dap katanya lagi tidak dapat dipisahkan dengan perkara-perkara seperti  judi, rumah urut dan sebagainya di negeri Selangor.

“Jadi kami ingin bertanya kepada Azmin, jika benar beliau mempunyai kuasa mutlak sebagai Menteri Besar, tolonglah rakyat negeri Selangor ini dengan membatalkan dan membekukan lesen-lesen pusat hiburan keluarga ini dengan kadar segera.

“Saya tak tahulah kalau Azmin ini ditarik hidungnya oleh geng-geng Dap. Kita tahu penguasa-pengusaha lesen judi ini tidak ada seorang pun orang Melayu, semuanya daripada bangsa Cina Dap, saya yakin kedai-kedai judi ini sumber kewangan politik oleh Dap,” tambahnya lagi.

Pada 5 September lalu, Jamal memberi amaran supaya kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pusat judi atau berdepan tindakan “di luar batas undang-undang”.

Sidang media yang diadakan di pejabat Gabungan NGO Malaysia yang dipengerusikannya itu turut menyaksikan Jamal menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja bagi menunjukkan tindakan yang akan diambilnya. –MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

twenty − 15 =