Oleh : Azim Rahim | Sumber UMNO Online

KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan pemansuhan 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian tiga kategori hartanah bermula September ini yang membabitkan kategori pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) sebagai satu cubaan awal untuk menguji tindak balas kesedaran masyarakat terutama kaum bumiputera terhadap dasar yang selama ini diamalkan Dap.

Menurut beliau tidak mustahil selepas ini akan ada pelbagai lagi pelaksanaan baru serta dasar-dasar lain yang akan diperkenalkan bagi menafikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mat_Nadzari_Ahmad_Dahlan_dan_BN“Kita anggap ini satu percubaan awal. Jika ramai yang masih tidak sedar atau faham taktik licik seumpama ini sudah pasti mereka akan bertindak jauh lebih berani dari ini. Walaupun termaktub dalam perlembagaan adanya keistimewaan untuk Bumiputera mereka tak peduli.

“Mereka tetap dengan kedegilan mereka. Saya melihat tafsiran mereka seolah olah orang Melayu ini sahajalah Bumiputera tanpa mengambil kira Bumiputera yang lain seperti orang asli dan sebagainya.

“Begitu juga orang-orang Sabah dan Sarawak yang berhijrah di Selangor ini mencari rezeki juga Bumiputera,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi sekiranya merekalah kerajaan yang hendak memerintah negara yang mempunyai pengertian sempit tentang ‘Bumiputera’ , beliau  bimbang dan sudah tentu bersedih melihat nasib orang orang Bumiputra seperti Kadazan, Murut, Bajau, Iban dan lain-lain kelak.

Kerajaan Selangor dilapor menyelaraskan harga pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) dan tidak timbul isu diskaun bumiputera dimansuhkan.

Exco kerajaan negeri Datuk Teng Chang Khim berkata, wujud cadangan harga untuk pembelian ketiga-tiga kategori hartanah itu diturunkan sebanyak 10 peratus melibatkan golongan berpendapatan rendah atau sederhana.

Terdahulu, Kerajaan Selangor dilaporkan akan melaksanakan garis panduan pembangunan baru bermula 1 September ini.

Dalam garis panduan itu, lapor Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) akan dimansuh. Bagaimanapun, kuota jualan 30 peratus untuk bumiputera akan diteruskan seperti biasa.

Nazari seterusnya menegaskan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebenarnya tidak sama dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dalam membantu rakyat berpendapatan sederhana dan rendah di negeri berkenaan.

“Bila kita nak bantu rakyat PPR, ternyata harga yang kita tawarkan jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua kaum,” katanya. -MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

19 − 1 =