SEREMBAN – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata, lipatan sejarah harus dibuka kembali bagi mengenali siapakah Dap sebenarnya dan bagaimana politik perkauman mula timbul.

Jelas beliau, Daplah yang bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana politik sebegitu hanya ada selepas Dap wujud.

“Kita mesti membuka lipatan sejarah dan mengenali Dap, bagaimana politik perkauman mula timbul bila adanya Dap.

“UMNO diwujudkan hampir 20 tahun lebih awal sebelum lahirnya Dap.. Politik pelbagai kaum ketika itu cukup harmoni .

“Tetapi setelah Singapura dikeluarkan dari negara ini, parti serpihan PAP muncul iaitu Dap dan sejak wujudnya Dap yang bertanding dalam pilihan raya maka banyak isu perkauman dipolitikkan, sebagaimana kita tahu telah berlaku pergaduhan kaum,” ujarnya kepada pemberita pada Bicara Minda dan Sesi Dialog bersempena Jelajah Perjuangan For All, di Wisma UMNO Negeri Sembilan, malam tadi.

Justeru tegas beliau, lipatan sejarah ini perlu dibuka kembali agar rakyat tahu siapa Dap sebenarnya.

Dalam pada itu Annuar turut melahirkan kebimbangan kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk kerajaan tidak ‘berpolitik’ manakala pembangkang hebat berpolitik lantaran tidak mengambil tanggungjawab sebagai kerajaan dan mudah untuk mereka menjanjikan bulan dan bintang.

“Pembangkang ini meremeh-remehkan kejayaan kerajaan kerana mereka bijak ‘berpolitik’ tetapi kita sibuk menjadi kerajaan dan kerana itulah asyik menjawab isu yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang.

“Nasihat saya kepada pemimpin UMNO, walau menjadi timbalan menteri atau menteri duduk dalam kerajaan, harus bijak berpolitik dan boleh mengupas serta menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan politik semasa.

“Kelompongan yang ada dalam BN sekarang ini adalah kita tidak mahu bercakap secara politik, kita bercakap secara kerajaan… Inilah masalahnya untuk kita mula menyerang pembangkang,” tegasnya.

Beliau turut berharap agar rakan-rakan dalam parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC serta anggota lain akan bijak dan berupaya menghuraikan apa itu BN, apa itu MCA dan apa itu Gerakan atas kesatuan dalam kepelbagaian yang diwujudkan.

“Jangan bercerita kerajaan sahaja… Ada kekuatan di belakang BN itu. Apakah dasar dan falsafahnya. Kita tidak hidangkan itu maka sekaranglah masa untuk kita ketengahkan dalam berpolitik,” ulasnya lagi. – MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

two × 4 =