Sumber : UMNO Online

Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, Stadium Bukit Jalil akan dibanjiri lautan merah bersempena sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-71 yang bakal diadakan secara besar-besaran pada 11 Mei nanti.

Ujar beliau, perhimpunan raksasa yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu terpaksa ditunda ke tahun ini akibat tragedi menyayat hati yang menimpa dua pemimpin UMNO.

“Mesyuarat kali ini banyak memberi tumpuan kepada kejayaan ataupun usaha-usaha menjayakan perhimpunan raksasa pada malam 11 Mei iaitu tarikh ulang tahun UMNO ke-71.

“Kita sedia maklum tahun sudah sepatutnya kita adakan perhimpunan tersebut tetapi kerana tragedi amat menyayat hati yang telah berlaku kepada dua pemimpin UMNO maka kita terpaksa tanguh pada tahun ini.

“Kita juga telah berbincang perkara ini dengan panjang lebar… setiap negeri akan memberi kerjasama dan komitmen untuk menghantar jumlah yang telahpun dipersetujui bersama dan insyaallah sasaran untuk Stadium Bukit Jalil dibanjiri dengan lautan merah pejuang dan pendokong UMNO kira-kira 100 ribu orang akan tercapai nanti,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn.

Tambah beliau, sambutan kali ini turut diolah memandangkan ia adalah malam Nifsu Syaaban maka sambutan tersebut akan dimulakan dengan ceramah agama, bacaan yassin dan sembahyang jemaah sebelum memulakan program secara rasmi pada waktu selepas isyak.

Selain itu Datuk Seri Najib turut melahirkan keyakinan bahawa sambutan ulang tahun UMNO secara besar-besaran itu telah membuktikan komitmen tinggi ahli UMNO dan ia bukan sahaja untuk menjayakan perhimpunan raksasa tersebut tetapi adalah kerana semangat ahli UMNO untuk terus berjuang sehingga mencapai kejayaan yang diharapkan lebih-lebih lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. – MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

20 − eleven =