Sumber : BNBBC

10 JULAI: Kerajaan Selangor sepatutnya terlebih dahulu melaksanakan pendidikan percuma di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel) jika benar-benar serius ingin melaksanakan perkara itu.

NIK NAZMI

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata,  berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di Unisel.

“Kalau nak beri yuran pengajian tinggi secara percuma, buat dulu di Unisel… tiap-tiap semester tak payah bayar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam, pada Ahad.

Mahdzir mengulas kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen Harapan antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

Selain Unisel, kerjaan Selangor turut menyelia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens).

Mahdzir, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah pun melaksanakan pendidikan percuma sejak dulu lagi malahan kini tiada lagi yuran peperiksaan kebangsaan di sekolah kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga mengagihkan buku teks secara percuma di sekolah-sekolah seluruh negara selain menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

nine + 6 =