Sumber : UMNO Online

KUALA SELANGOR, 22 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor diminta untuk menghentikan sandiwara dengan rakyat yang sering memberikan persepsi buruk terhadap Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang membidas Kerajaan Negeri Selangor lantaran tidak serius dalam memperjuangkan hak rakyat di negeri terbabit apabila masih gagal untuk menyelesaikan pelbagai perkara khususnya isu air.

“Kerajaan Selangor bukan sahaja tidak serius malah terbukti bahawa mereka tidak dapat menyediakan penyaluran air bersih untuk rakyat secara konsisten,” katanya.

Ujar beliau, ramai rakyat di Selangor menderita akibat ketidakcekapan kerajaan yang diterajui PKR untuk menguruskan air Selangor.

“Kegagalan mereka untuk menyediakan keperluan paling asas ini bukan sahaja menjejaskan rutin rakyat malah turut mengancam perindustrian di Selangor. Ini adalah sesuatu yang serius dan wajar diselesaikan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya, peniaga-peniaga kecil dan golongan muda yang memulakan perniagaan pasti akan merasai kesulitan jika berlaku ketiadaan air.

“Kerajaan PKR hanya perlu segera memberi penawaran harga untuk pengambilalihan (pengurusan air). Jangan jadi angkuh politik dengan menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa keadaan.

“Fikirkanlah kebaikan bersama seperti dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya yang juga Presiden Belia Negeri Selangor.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang memaklumkan bahawa urusan pemerolehan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) oleh kerajaan negeri Selangor belum selesai dan negeri itu belum pun menawarkan sebarang harga bagi proses pengambilalihannya.- MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

18 − 9 =