Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 18 Sept – UMNO Selangor tidak melihat pertembungan dan krisis yang berlaku dalam pakatan pembangkang negeri berkenaan mengalih tumpuan serta fokus Barisan Nasional (BN) negeri itu menjelang pilihan raya umum akan datang sebaliknya terus dengan pelbagai gerakan yang disusun di semua peringkat.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz berkata secara umumnya pelbagai pelaksanaan yang telah disusun selama ini bukan hanya akan diperhebatkan malah terus dilipatgandakan agar jentera sentiasa berada dalam keadaan siap sedia sepanjang masa.

Menurut beliau biarlah pakatan pembangkang terus dengan masalah dalaman dan krisis sesama sendiri yang akhirnya rakyat boleh membuat penilaian sejauh mana keupayaan kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan selama ini.

“Kita tidak perlu melayani segala pertembungan mereka itu…yang penting kita sentiasa waspada dengan apa jua gerakan yang dilaksanakan oleh mereka dan begitulah sebaliknya dengan jentera kita di semua peringkat terus fokus ke depan.

“Apa yang penting misi kita untuk terus mendapat kepercayaan rakyat serta pengundi negeri ini menjelang pilihan raya umum nanti. Segala masalah dan krisis serta pertembungan sesama mereka itu kita abaikan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kerajaan Selangor dilihat terus berkocak dan satu demi satu kontroversi timbul sesama parti yang membentuk kerajaan negeri khususnya tekanan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali agar Pas ‘ditendang’ keluar daripada kerajaan negeri setelah tidak berada dalam pakatan harapan. Begitu jugalah hubungan antara Azmin dan juga Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih seterusnya menegaskan agenda BN akan terus diperkemaskan dan terus melangkah ke depan supaya parti mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum nanti.

“Pusat-pusat daerah mengundi dan persediaan untuk PRU telah kita susun dan kita telah selaraskan. Insya-Allah akan dapat bergerak sepenuhnya setelah semboyan dibunyikan kelak. Apa yang penting komitmen dan kebersamaan jentera kita makin menyerlah,“ katanya. – MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

10 − six =