Oleh : Wartawan UMNO Selangor Online

Kuala Langat – Misi mencatakan nama didalam “Malaysia Book Of Records” sebagai pendayung kayak solo tertua mengengilingi Semenanjung Malaysia oleh saudara Mansor Omar dari Terengganu semakin hampir apabila beliau selamat tiba di Tanjung Rhu Pulau Carey jam 2.55 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut dengan penuh semangat oleh YBHG Dato’ Sulaiman Karli, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat merangkap Koordinator DUN Sijangkang dengan diiringi Tuan Hj Md Radzi Mustapha, Setiausaha Kerja UMNO Negeri Selangor. Turut bersama-sama menyambut ketibaan saudara Mansor ialah En  Hisham Talib Koordinator Dun Morib dan Presiden Pergerakan Rekriasi Negeri Terengganu Hj Wan Adnan bersama-sama Puan Kumalasari yang mewakili Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan.

Ekspedisi Ekspesi Negaraku Kayak Solo 2017 mengambil masa selama 71 hari iaitu semperna ulangtahun UMNO ke 71. 61 hari dayungan sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 61, 11 hari rehat dan 11 peringkat melambangkan 11 negeri yang akan dilalui, ujar beliau kepada wartawan.

Ekspidisi secara solo ini merupakan percubaan seorang pesara kanan kerajaan yang berusia 70 tahun bagi mencipta dalam Malaysia Book Of Records sebagai lelaki tertua mendayung kayak sejauh 2000KM. Ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang bagi seseorang mengharumkan nama negara dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang selama ini dilakukan oleh anak-anak muda.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

5 − 2 =