Oleh Azim Rahim

Kapar- Mini Karnival Sinergi Rakyat kali ini berkunjung ke Parlimen Kapar iaitu ke Sekolah Kebangsaan Tok Muda Kapar hujung minggu ini. Karnival yang akan diadakan pada hari Sabtu 23 April 2016 bermula jam 8.00 Pagi ihngga 2.00 Petang.

Karnival pada kali ini membawa satu kelainan dimana lebih banyak aktiviti menarik selain khidmat bergerak dari agensi kerajaan iaitu, pertandingan Gubahan memasak, mewarna, bola sepak 9 sebelah, gusti lengan, tarik tali kanak-kanak dan banyak lagi.

Selain itu Selangor FM juga turut melibatkan diri pada karnival Sinergi Rakyat kali ini, dimana meraka akan mengadakan siaran luar bersama-sama pengunjung.

Orang ramai sekitar Parlimen Kapar dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

12 − 2 =