Sumber : UMNO Online

28 April  – Ahli UMNO seharusnya tidak perlu melayani sebarang provokasi dan cubaan pihak pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dengan memporak-porandakan tumpuan parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebaliknya menumpukan kepada fokus utama dalam kerangka kerja parti khususnya di peringkat akar umbi.

Naib Ketua UMNO Gelang Patah, Radin Sri Kartini Abdullah berkata matlamat dan tumpuan hari ini tentunya adalah untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang dan itulah yang sewajarnya diberikan keutamaan dan bukannya terperangkap dengan mainan pihak lawan.

Apa yang penting katanya adalah semua jentera parti bersatu padu dalam satu pasukan dengan bekerjasama erat antara satu dengan yang lain kerana pembangkang tentunya bersorak gembira apabila ahli parti sesama sendiri tidak sehaluan.

“Bagi saya itulah keutamaan kita hari. Solidariti di dalam parti perlu diutamakan dan seterusnya kita sama-sama membulatkan tekad dan fokus kita adalah ke depan dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan kelak.

“Tidak ada gunanya kita bercakaran sesama kita dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada sesiapa sekiranya kita bersikap tuding jari dan pelbagai lagi. Pembangkang sedang memerhati gerak geri kita dan jangan lupa rakyat yang merupakan pengundi juga turut sama melihat dan inilah yang kita perlu sama-sama depaninya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Raden seterusnya menambah kekuatan parti akan terus padu dengan masing-masing melaksanakan tugas serta tanggungjawab kerana rakyat di luar sana mahukan sebuah parti yang stabil dan menjaga kepentingan mereka.

Katanya lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah sekian lama berkhidmat untuk rakyat perlu mengekalkan tradisi itu kerana segala retorik tidak akan memberi apa-apa manfaat untik rakyat.

“Jadi marilah kita sama-sama menolak segala perangkap dan segala cubaan pihak lawan yang cuba memporak-porandakan serta melemahkan jentera parti. Bak kata pepatah jerat tidak lupakan pelanduk,” ujarnya. -MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

11 + thirteen =