Oleh : Azim Rahim | Foto : Azim Rahim

Shah Alam – Dalam senario politik sekarang, untuk memperoleh kemenangan, jangan terlalu memandang kelemahan musuh, tetapi perkara yang paling utama ialah melihat kekuatan kita. kekuatan dan penyatuan dalam parti politik harus diperkukuh sebagai tunjang utama kepada kemenangan.

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, penyatuan antara pimpinan utama Barisan Nasional di peringkat Negeri tak perlu dipersoalkan lagi sebaliknya beliau mahu Pimpinan Barisan Nasional di peringkat Bahagian harus dimantapkan lagi bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke14 (PRU14).

“kita harus mengambil iktibar dari kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum tahun 2004 dahulu. Akibat kekuatan penyatuan serta kerjasama dalam parti kita mendapat keputusan yang terbaik. Tetapi pada Pilihanraya Umum 2008, keputusan itu bertukar menjadi sebaliknya. Perkara ini kita kena kaji semula dimana silapnya?

“Selain itu, kita juga haruslah berani menyuarakan isu-isu berkenaan kepincangan parti lawan khususnya di Selangor yang sekarang ini dilihat makin rakus menyalahgunakan kuasa yang ada baik dari segi kewangan, pembangunan, pentadbiran dan baru-baru ini panas tentang isu Paya Indah Wetland. Kita harus pandang serius tentang perkara ini,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada Jentera Parti Barisan Nasional dalam satu Program sebentar tadi Di Bangunan UMNO Negeri Selangor. Turut hadir YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor dan beberapa Ahli Parlimen serta Adun Barisan Nasional Negeri Selangor.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

nineteen − 11 =