Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz mengharapkan mesyuarat UMNO bahagian di seluruh negeri berkenaan bukan sahaja menjadi platform untuk membincangkan soal parti malah melangkaui isu-isu semasa serta yang melibatkan kepentingan negera.

Ini kerana katanya perkara berkenaan hari ini dijadikan bahan fitnah dan tohmahan terhadap parti dalam usaha memburukkan UMNO sedangkan apa yang ditularkan itu kadangkala bukan sahaja tidak benar nalah ianya tidak berasas.

“Inilah masanya untuk kita sama-sama membincangkang soal berkenaan supaya masyarakat dan rakyat tahu bukan sahaja apa yang kita telah perjuangkan menerusi UMNO malah perkara-perkara yang tidak benar ditularkan menerusi media sosial dan sebagainya.

“Kita boleh jadikan mesyuarat bahagian untuk menjelaskan kepada ahli parti dan seterusnya mencari kaedah dan jalan terbaik untuk ianya dipanjang kepada rakyat yang terdedah kepada kekeliruan tersebut,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih seterusnya berkata isu-isu dilontarkan oleh pihak pembangkang adalah semata-mata untuk menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap UMNO dan inilah masa yang terbaik untuk sama-sama menangkis segala tohmahan tersebut.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan agar sama-sama memberi tumpuan terhadap kelancaran jentera parti untuk berdepan pilihan raya umum yang akan datang.

“Tidak kiralah bila tarikhnya diadakan kerana apa yang penting adalah kesiapsiagaan kita di semua peringkat untuk berdepan pilihan raya nanti. Inilah yang sama-sama kita perlu ingat demi kelangsungan dan kejayaan parti kita.

“Dan kepada seluruh bahagian di Selangor, saya ingin mengucapkan selamat mengadakan mesyuarat masing-masing dengan penuh berhemah dan sama-sama raikan permuafakatan dan kekuatan kita, insya Allah,…Selamat Bersidang,” ujarnya.-MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

twelve − 10 =