Sumber – UMNO Online

KUALA LUMPUR – Isu perobohan dua rumah kedai yang didiami dua keluarga pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang seharusnya menjadi penilaian terbaik kepada rakyat Selangor bagaimana tindak-tanduk kerajaan negeri berkenaan dalam mendepani isu tersebut khususnya soal kebajikan rakyat.

Apa yang jelas di sini ialah negeri berkebajikan yang selama ini dilaung-laungkan dilihat sekadar kata-kata semata-mata kerana timbul pelbagai persoalan yang sehingga ke hari ini belum terjawab.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin dalam kenyataan medianya kepada UMNO-Online berkata isu kuarters tersebut telah lama berlanjutan hingga dibawa ke mahkamah.

“Oleh itu bukankah kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali mempunyai masa yang cukup panjang dalam mencari penyelesaian terbaik.

“Sepatutnya proses penyelesaian yang adil digunakan dengan memberi pampasan yang sewajarnya atau boleh digunakan atas sifat perikemanusiaan.

“Proses meroboh rumah berkenaan seolah-olah tiada lagi budi bicara dan menggambarkan sikap zalim kerajaan negeri. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima oleh masyarakat umum,“ katanya.

Kata beliau, persoalan seterusnya timbul kenapakah hanya selepas kejadian berkenaan, barulah kerajaan negeri membuat tawaran rumah kepada mangsa yang terlibat.

“Apakah mereka cuba menutup peristiwa berkenaan dan menjadikan pihak lain sebagai ‘punching bag‘ gara-gara sikap serta tindak-tanduk kerajaan negeri berhubung isu berkenaan yang sepatutnya menjadi perkara utama.

“Selepas kejadian juga barulah kerajaan negeri menawarkan rumah kepada mangsa, malah selepas perkara ini tular di media, Azmin dilihat cuba mengalihkan isu dengan mengaitkan UMNO dan sebagainya.

“Bagaimana UMNO yang bersalah? Bukankah soal tanah dibawah kuasa negeri. PTG di bawah kuasa negeri dan saya percaya ini dapat diselesaikan secara baik. Jelas slogan peduli hanyalah sekadar retorik kosong semata-mata dan rakyat boleh membuka mata dengan apa yang berlaku itu,“ katanya.

Sebelum ini, tular di media bagaimana tindakan merobohkan struktur bangunan didiami dua bekas pegawai masjid itu sejak 24 tahun lalu. Pada operasi perobohan itu, berlaku kekecohan apabila ada pihak memprotes tindakan terbabit. – MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

six − 5 =