Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Pengarah terkenal filem tempatan, Datuk Shuhaimi Baba berpendapat bahawa UMNO perlu mengambil inisiatif dengan menghasilkan filem-filem pendek yang yang membawa mesej-mesej kerajaan, politik ataupun sejarah perjuangannya sebagai satu pendekatan yang lebih interaktif dalam usaha parti itu untuk mendekati anak-anak generasi muda di negara ini.

Menurut beliau, kaedah seperti ini dilihat lebih efektif untuk UMNO sebagai tunjang kerajaan untuk menyebar luaskan samada program-program kerajaan atau pun sejarah perjuangan UMNO itu sendiri kepada anak-anak generasi muda hari ini.

shuhaimi-baba“Mesej melalui filem-filem saya kira lebih berkesan buat UMNO atau kerajaan untuk menyampaikan sebarang mesej atau program kerajaan kepada rakyat di zaman ini. Pendekatan seperti ini saya lihat lebih sesuai dengan kehendak dan pemahaman anak-anak muda zaman ini.

“Pemikiran anak muda pada zaman sekarang adalah berbeza daripada generasi lama. Saya yakin, sekiranya kita memaparkan sketsa-sketsa atau filem-filem pendek berhubung perjuangan UMNO dan kepimpinannya yang ikhlas, ia dapat menarik hati anak muda di mana mereka seringkali beranggapan bahawa pemain-pemain politik tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

“Sedangkan saya sendiri bertemu dengan ramai pejuang-pejuang UMNO yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan sebarang publisiti atau balasan atas perjuangan mereka itu,”ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah lama menjadikan filem-filem sebagai salah satu medium utama mereka untuk menyampaikan mesej-mesej khususnya untuk membangkitkan semangat patriotic di kalangan rakyat mereka.

“Bagaimana pun segala mesej atau propaganda yang mereka sebarkan melalui filem-filem mereka itu diselitkan dengan begitu baik sehingga kita tidak sedar adanya unsur-unsur untuk membangkitkan semangat patriotik mahupun program-program kerajaan yang dilakukan untuk rakyat.

“Itulah kelebihan yang ada pada mereka dan seharusnya dalam kita juga dapat mempelajari dan melihat bagaimana strategi mereka untuk menghasilkan filem-filem sebegini untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.

“Filem-filem yang dihasil harus mempunyai strategi yang betul serta penekanan yang terperinci untuk menjelaskan lagi mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat. Tidak semestinya menghasilkan filem yang memakan masa sejam dua,  tetapi filem-filem pendek yang berkualiti juga sudah mencukupi untuk menyampaikan sebarang mesej sekiranya ia digarap dengan baik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa bangga apabila melihat bilangan anak-anak muda yang terlibat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini yang makin bertambah.

“Saya mengikuti dan hadir pada setiap kali perhimpunan Agung UMNO. Namun perhimpunan yang baru lalu saya lihat agak begitu ketara kehadiran anak-anak muda yang lebih ramai berbanding dengan perhimpunan-perhimpunan Agung sebelum ini.

“Justeru itu saya kira dakwaan bahawa golongan muda menolak dan tidak berminat dengan UMNO itu tidak tepat. Apa yang saya lihat hari ini adalah sebaliknya di mana penyertaan anak-anak muda bersama parti politik Melayu tertua ini semakin bertambah ramai.

“Bagaimanapun, usaha UMNO untuk mendekati generasi muda di negara ini perlu diperhebatkan lagi dengan pelbagai bentuk pendekatan yang lebih interaktif, contohnya seperti melalui filem-filem pendek seperti yang saya sebutkan tadi, ataupun filem-filem berbentuk sejarah yang dapat dilayar perakkan bersesuaian dengan tahap pemikiran serta pemahaman anak-anak zaman ini,” akhiri beliau.-MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

2 + 12 =