Oleh : Azim Rahim | Sumber : UMNO Online

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha menyifatkan jalinan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga parti-parti pembangkang seperti PKR, Dap dan juga PAN adalah bermuka-muka dalam keterpaksaan untuk saling guna mempergunakan demi kepentingan keuntungan politik kepartian dan peribadi masing-masing.

Beliau yakin bahawa kehadiran Pribumi dalam blok pembangkang walaupun diterima oleh parti-parti PKR, Dap dan juga PAN dengan berwajah manis, namun apa yang pasti perasaan curiga dan waspada dengan pendekatan politik bekas Presiden UMNO yang memegang jawatan selama 22 tahun akan sentiasa wujud.

norman-toha-2“Apabila Tun Mahathir mengesyorkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang tanpa merujuk kepada parti-parti pembangkang yang lain, saya kira pemimpin pembangkang yang lain sudah nampak bahawa tindakan Tun itu seolah-olah mahu menguasai pihak pembangkang untuk mendengar cadangan dan kata-katanya sahaja.

“Sedangkan parti-parti pembangkang yang lain sebelum ini sudah sepakat sekiranya pembangkang menang, maka mereka akan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Sudah tentulah perkara ini tidak akan dipersetujui oleh Tun Mahathir yang sebelum ini mendakwa bahawa Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Jadi di sini kita akan dapat menyaksikan percaturan politik antara parti-parti pembangkang dalam mengatasi isu ini dan sudah pasti dalam percaturan ini, salah satu antara mereka akan menjadi mangsa dan pemangsa. Dan bagi saya sekiranya pembangkang tidak berhati-hati, maka mereka akan menjadi mangsa permainan politik licik Tun Mahathir.

“Namun tidak mustahil juga  Tun Mahathir akan menjadi mangsa pembangkang kerana kita tahu, pihak pembangkang hanya mahu menumpang pengaruh beliau untuk meraih sokongan demi kepentingan politik kepartian masing-masing,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Apa yang jelas kata Norman lagi, biarpun Tun Mahathir kini bersama-sama di dalam blok pembangkang dan menyerang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, namun apa yang dilakukan oleh beliau itu tidak mungkin memadamkan segala tindak tanduk serta kata-kata beliau terhadap pembangkang ketika memerintah negara.

“Bagi saya, pengerusi Pribumi, Tun Mahathir mempunyai sejarah yang panjang dengan pembangkang seperti Dap dan juga pemimpin serpihan Pas di dalam PAN. Apatah lagi PKR, di mana parti itu wujud adalah di sebabkan tindakan beliau memecat Anwar Ibrahim, di mana Tun Mahathir merupakan musuh utama ketika beliau masing memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dulu.

“Jadi bagi saya, sejarah yang panjang ini tidak mungkin terpadam begitu sahaja, apatah lagi tindakan Tun Mahathir yang keluar dari UMNO dan kemudiannya menubuhkan parti baru, dilihat lebih bersifat politik peribadi antara beliau dan Datuk Seri Najib.

“Jadi bagi saya, agak sukar bagi Tun Mahathir untuk menguasai pembangkang, apatah lagi setelah pembangkang melihat deklarasi yang diusahakan beliau itu tidak memberikan impak yang besar terhadap sokongan rakyat kepada BN setakat ini,” ujarnya.-MediaUMNO

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

two × four =