Sumber : Selangorpost

SHAH ALAM – Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor hari ini gempar dengan kemunculan 15 ‘hantu’ sehingga membuatkan ramai pengunjung di Kompleks PKNS di sini terkejut.

Bagaimanapun, kesemua hantu itu bukanlah yang sebenar tetapi hanyalah individu yang berpakaian seperti hantu sebagai simbolik bantahan mereka terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng suee Lim yang didakwa telah membawa masuk pengundi hantu ke kawasan DUN itu sejak sekian lama.

WhatsApp Image 2017-05-26 at 11.22.39Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, kesemua individu terbabit dibawa bersamanya ke pejabat SPR Selangor pagi ini bagi menyerahkan memorandum supaya suruhanjaya berkenaan menyiasat dakwaan tersebut secara terperinci terhadap senarai pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

“Kalau kita lihat pada PRU13, Suee Lim didapati menang di kawasan DUN itu dengan majoriti 2,000 undi. Bagaimanapun, berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, terdapat pertambahan 1,800 pengundi baharu didaftarkan di DUN Sekinchan.

“Kita mahu kepastian sama ada beliau (Suee Lim) ini membawa masuk pengundi hantu. Bagai saya cara terbaik untuk menambah pengundi ialah mendaftarkan pengundi baharu,” katanya kepada para wartawan di sini.

Dakwa Jamal, pihaknya meragui dengan tindakan Suee Lim yang didakwa mendaftarkan ahli keluarganya sebagai pengundi di DUN itu dan berdaftar atas alamat Pejabat Khidmat ADUN Sekinchan dan bukannya menggunakan alamat rumah.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

seventeen + 8 =