PUTRAJAYA – Tindakan DAP Menentang Rang Undang-undang Persenderian (RUU) bagi meminda Akta Makhamat Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 adalah hanya mahu mengelirukan masyarakat bukan islam di negara ini.

Pengerusi Bandan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, RUU355 di kanunkan pada 1965 dan ia dipinda pertama kali pada 1984 dengan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

“Kenapa DAP tidak bangun menentang pada tahun 1984? Kenapa DAP diam dan membisu pada ketika itu? Mengapa baru sekarang nak tentang?

“Ini kerana politik semata-mata. DAP hanya mahu mempengaruhi orang bukan islam sedangkan ia tidak kena mengena dengan bukan Islam.

“DAP kena hormat. Ini isu orang Islam. Biarlah kita selesaikan isu ini. Jangan sebab politik, campur tangan urusan agama Islam,” tegas beliau selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan bentangkan RUU355 pada sidang Parlimen kali ini sebagai memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

15 + twenty =