4 JUN: Panel Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mula memanggil Nazir Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang esok untuk memberikan keterangan berhubung siasatan kes Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa yang terlibat dalam program politik di masjid berkenaan baru-baru ini.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim berkata, panel khas itu tubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh mengenai kes Sivarasa itu seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lalu dan ia diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.

“Siasatan esok akan memberi tumpuan kepada mengumpul maklumat yang lebih terperinci terhadap apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Ma’muniah, hari ini.

Dalam pada itu, Haris ketika ditanya sama sama ada jawatankuasa tersebut akan memanggil Sivarasa bagi membantu siasatan, memaklumkan pihaknya akan menghubungi Ahli Parlimen berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

“JAIS tiada kuasa untuk memanggil dan memaksa beliau (Sivarasa). Namun, kita akan cuba mengatur pertemuan dengannya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku,” ujarnya.

Jumaat lalu, Sultan Selangor  menzahirkan rasa sangat dukacita terhadap tindakan Sivarasa yang telah berucap dalam dewan solat Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang baru-baru ini.

Sambil menyifatkan Sivarasa sebagai melampaui batas,  baginda turut menegaskan banyak kali bagi mengingatkan supaya masjid jangan dijadikan tempat untuk berpolitik sama ada oleh orang Islam sendiri atau orang bukan beragama Islam.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

five × two =