Oleh : Azim Rahim | Sumber : BN Online

28 JUN 2016

Template Artikel yang disebarkan melalui Media Sosial

Terdapat sesuatu yang tidak kena mengenai penulisan Artikel yang berjudul “Gaji RM2500 Cukup Jika Diuruskan Dengan Baik” apabila template artikel berkenaan meletakkan gambar pengiraan pengunaan gaji RM2500 dengan menyelitkan sekali gambar Dato Seri Najib Razak disebelahnya. Walhal sepanjang penulisan artikel berkenaan langsung tidak dinyatakan apa kaitan Najib Razak dengan mesej artikel itu.

Sebaliknya penulisan artikel dari blog http://mediasuria.blogspot.com ini sebenarnya lebih menfokuskan mengenai pandangan peribadi Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah dan bukannnya sesuatu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mahupun Perdana Menteri sendiri.

Petikan penulisan Artikel berkenaan yang langsung tiada kena mengena dengan gambar yang dipaparkan kepada umum.

Cubaan Blog ini membuat penulisan artikel dengan gambar template yang berbeza merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Penulisan ini bukan sahaja telah jelas melanggar etika penulisan di dalam media malahan juga mencuba untuk mengeksplotasi pembaca dengan memaparkan ruangan iklan “Spam” yang banyak ketika pembaca ingin membaca lebih lanjut mengenai artikel ini setelah pautan (link) artikel di tekan. Natijahnya ia menyebabkan ramai pembaca lebih terpedaya kepada templete yang salah berbanding mesej artikel yang sebenar.

Antara Ribuan Rakyat Malaysia yang tertipu dengan penghasilan Artikel yang salah ini. 

Setelah siasatan lanjut dibuat, lebih mengejutkan ialah artikel ini sebenarnya berasal daripada sebuah penulisan daripada surat khabar Sinar Harian yang bertarikh 8 Oktober 2014. Tiada yang salah dalam mesej dan penulisan artikel ini namun ia mula menjadi kekeliruan apabila disertakan dengan gambar template yang berbeza dengan mesej yang sebenar.

 

Bukti Asal Usul Artikel yang cuba diolah oleh pihak tak bertanggungjawab dengan templete yang mengelirukan pembaca.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/gaji-rm2-500-cukup-jika-diurus-baik-1.322917

Semoga pendedahan kebenaran ini akan membuka mata pembaca agar lebih berhati-hati dengan pihak yang cuba untuk mengelirukan pembaca sehingga tersalah menghukum. Tambahan pula di Bulan Ramadhan yang mulia ini, bukankah sesuatu yang tidak baik untuk kita mempercayai khabar berita yang boleh menjurus kepada Fitnah?

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

5 × 1 =