Sumber : BNBBC

10 OKT: Pakatan pembangkang terutama DAP hanya menggunakan budak hingusan seperti Ketua ARMADA PPBM, Syed Abdul Rahman untuk menarik simpati golongan belia menyokong mereka.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa melihat strategi mereka masih gagal apabila UMNO mencatat keahlian baharu terutama orang muda pada setiap bulan.

“Kalau setakat berpidato macam Saddiq jauh lagu perjalanan dia, nak bercakap dalam universiti pun kena ada sidang media, nampak sangat masih lagi budak hingusan,” katanya.

Annuar berkata demikian dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog perjuangan 4All Penerangan Puteri UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi.

Baru-baru ini timbul kontroversi pendedahan oleh Saddiq yang mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta oleh ‘penasihat kanan perdana menteri’ untuk meninggalkan PPBM dan menyambung pengajian sarjana di Universiti Oxford, England.

Tambah Annuar, Saddiq itu hanyalah alat untuk menjadi cerminan DAP, tetapi realitinya golongan muda Melayu sebenarnya tetap dengan UMNO dan BN.

“Beritahu saya parti politik mana yang yang ada keahlian orang mudanya sampai hampir 600,000? 400,000 ribu daripadanya adalah ahli puteri, jangan terpedaya dengan cakap pembangkang yang banyak golongan muda banyaknya yang ikut mereka,” katanya.

Menegaskan perkara itu Annuar berkata apa yang perlu dilakukan hari ini adalah setiap akar umbi perlu kenal parti itu sendiri dan menilai sejarah perjuangan parti sejak ia diwujudkan pada 1946.

“Politik ini adalah pertempuran, kalau nak berjaya kita kena kenal diri, masalahnya ramai dari kita ni tak kenal diri, tak kenal lawan, ramai nak berjuang, tapi tak kenal UMNO.

“Jangan kenal UMNO melalui PAS, mereka akan kata UMNO ini kafir, jangan kenal UMNO melalui DAP,  mereka akan kata UMNO ini rasis,” kata Ahli Parlimen Ketereh tu.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

10 − 6 =